Popular Posts

Tuesday 20 December 2016

Teratak Tok Kundur

Proses Pembinaan Rumah Setingkat (bukan rumah sendiri...rumoh mok ayoh). Kos penyelenggaraan rumah kayu yang tinggi dan penambahan bilangan ahli keluarga menyebabkan rumah baru perlu dibina di tapak rumah lama.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira untuk membina sendiri rumah (cari tukang dan bahan-bahan sendiri) :

1. Kedudukan kewangan/bajet (rumah ni hasil dana seluruh keluarga, pakat-pakat...)

2. Lukis pelan rumah. Saya menggunakan app percuma iaitu Floor Plan Creator. Lukis pada handphone jer..) Dah jimat sikit, nak upah arkitek perlu kos juga...
- Pelan rumah yang sesuai dengan bajet (perlu buat kajian harga semasa seperti harga kos bahan dan harga upah tukang rumah). Jangan lupa masukkan sekali cukai GST....beribu-riban jugak....
- Pelan rumah yang sesuai dengan keperluan/citarasa (pelan rumah ni memerlukan bilik air bagi setiap bilik bagi keselesaan adik beradik balik ke kampung bersama ahli keluarga masing-masing). Boleh buat rujukan di internet dan buku-buku atau majalah.

3.Tempoh masa pembinaan. Kena target bila nak siap. Beritau tukang awal-awal dan buat perjanjian. Lagi cepat lagi baik. Kos penyewaan mesin membancuh simen dan alat-alat lain dapat juga dijimatkan.

4. Keadaan cuaca. Elakkan musim tengkujuh.

5. Cara pembayaran. Elakkan buat bayaran sekali gus. Bayar beransur-ansur mengikut tahap pembinaan rumah.

6. Pilih sendiri bahan-bahan binaan adalah lebih baik supaya bertepatan dengan kualiti dan citarasa serta harganya. Memang agak memenatkan tetapi berbaloi untuk kita mengawal kos. Beli bahan-bahan binaan cukup-cukup supaya dapat mengelakkan pembaziran. Sesetengah bahan ada yang boleh dipulangkan semula ke kedai sekiranya terlebih.






Teratak Tok Kundur (Fasa 1)

Pelan Rumah Cadangan

App Floor Plan Creator Free Download



14 Februari 2015
- Membuka rumah kayu lama. 
-Memilih kayu dan papan yang masih boleh digunakan nanti.

Rumah asal/pusaka











01 Mac 2015
Pembinaan tapak rumah bermula.










Kerja-kerja menyimen lantai dan membina tiang-tiang dilaksanakan selepas menyiapakan sistem saluran air dan paip.







14 Mac 2015
Proses 'mengikat bata' bermula...
- Bingkai pintu dan tingkap perlu disiapkan terlebih dahulu bagi memudahkan kerja-kerja mengikat batu.









































Pada peringkat ini, saluran pendawaian elektrik boleh ditambah di bahagian konkrit.






Pembinaan bahagian beranda rumah dijalankan







04 Mei 2015
Pemasangan alang alang bumbung bermula.


Ni bukan salah tukang rumah tetapi akibat pelan rumah dalam kepala saya jer.

Lukis sikit pakai handphone kemudian tunjuk pada tukang rumah,..Nasib baik boleh diubahsuai lagi....

Memerlukan penambahan pekerja bagi pembinaan bumbung rumah.




Kerja-kerja menebuk diding bagi tujuan pendawaian elektrik, soket dan suiz dijalankan. Lebih sukar dilakukan sekiranya dinding telah diplaster.












Kerja-kerja mencantumkan binaan di antara rumah lama dengan yang baru.









20 Mei 2015
Kerja-kerja pemasangan bumbung. Bumbung ditempah terus dari kilang pembuatan dan dihantar terus ke tapak projek.








Kerja-kerja 'plaster' dinding pun bermula.

























Pemasangan kayu penutup di bumbung rumah. 









Proses varnish kayu. Varnish terus sementara ada staging.






31 Mei 2015
Setelah selesai pemasangan kayu penutup di bumbung, barulah boleh memasanag siling kapur. Ini adalah kerana siling kapur amat sensitif dengan air. Sebelum memasang siling kapur, perlu pastikan tiada kebocoran atau ketirisan air hujan dari bumbung. Memang kena tunggu waktu hujan lebat untuk melakukan pemeriksaan rapi.












Proses kemaskini kali lima dan longkang rumah.







07 Jun 2015
Kerja-kerja mengecat dilaksanakan.
- Cat bahagian siling (cat khas untuk siling)
- Cat bahagian dinding luar dan dalam rumah












Kerja-kerja memasang jubin lantai dimulakan sekali.






Pemasangan jubin bilik air. Nampak kecil tapi sebenarnya kos upahnya lebih mahal kerana melibatkan pemasangan jubin pada ruang dinding yang luas (lebar x tinggi). Kebiasaannya upah memasang jubin dinding lebih mahal daripada jubin lantai.






24 Jun 2015
Pemasangan sliding door dan tingkap dilaksanakan selepas siap proses mengecat rumah.





Ada bajet lebih lagi...tambah table top..





05 Julai 2015
Setelah ada pintu dan tingkap serta gril, barulah boleh melaksanakan pendawaian rumah dan memasang peralatan elektrik, kalau tak nanti ada orang tolong buka semula....







Ada bajet lebih lagi. Tambah binaan dan bumbung di bahagian dapur asal menjadi dapur basah, table top dan ruangan makan keluarga.


Menggunakan tingkap rumah kayu asal. Mengekalkan citarasa/suasana kampung.



OGOS 2015
Alhamdulillah. Dah boleh masukkan barang-barang dan perabot.







Teratak Tok Kundur Fasa II (akan menyusul..In Sha Allah)

Lakaran idea untuk landskap untuk projek yang akan datang


Pengubahsuaian 2019